KEADAAN pagar rumah dan kereta yang disimbah cat merah. FOTO Ihsan Susan Loone
KEADAAN pagar rumah dan kereta yang disimbah cat merah. FOTO Ihsan Susan Loone
Zuhainy Zulkiffli

PAGAR rumah dan kereta milik penolong pengarang portal berita Malaysiakini, Susan Loone, 56, disimbah cat merah dipercayai akibat perbuatan khianat.

Susan berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi tadi di rumahnya di Lorong Delima 16, Island Glades, Georgetown.

Katanya, ketika itu, ibunya mahu menyiram pokok bunga sebelum mendapati ada kesan cat merah pada pagar dan Proton Pesona miliknya.

“Minggu lalu, ada individu tidak dikenali menaiki motosikal berkuasa tinggi menekan loceng rumah saya sebanyak dua kali sebelum beredar.

KEADAAN pagar rumah dan kereta yang disimbah cat merah. FOTO Ihsan Susan Loone
KEADAAN pagar rumah dan kereta yang disimbah cat merah. FOTO Ihsan Susan Loone

“Saya tidak tahu kemahuan mereka atau siapa yang disasarkan dan laporan polis mengenainya sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,” katanya dihubungi.

Susan berkata, kejadian mungkin ada kaitan dengan berita dilaporkannya.

“Saya tulis pelbagai berita setiap hari, tidak tahu berita yang mana satu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 9:21 PM