Keadaan kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam longkang hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Keadaan kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam longkang hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA lelaki cedera selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam longkang berhampiran lampu isyarat Jalan Semarak menghala ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.05 pagi.

“10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dapati Proton Satria terbabas dan terjunam ke longkang sedalam tiga meter di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bomba mengeluarkan mangsa selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam longkang. FOTO Ihsan JBPM
Bomba mengeluarkan mangsa selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam longkang. FOTO Ihsan JBPM

Katanya, dua mangsa berusia lingkungan 30-an cedera dalam kejadian itu.

“Seorang daripada mangsa patah kaki manakala seorang lagi cedera dan dilaporkan dalam keadaan separuh sedar selepas kejadian.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 10:44 AM