Barisan pemain Jerman pada perlawanan menentang Scotland baru-baru ini. - Reuters
Barisan pemain Jerman pada perlawanan menentang Scotland baru-baru ini. - Reuters

AFP

Stuttgart : Jurulatih Jerman Julian Nagelsmann mengakui bahawa pasukannya tetap memandang tinggi kemampuan Hungary walaupun mereka tewas kepada Switzerland Sabtu lalu.

Hungary, yang dianggap sebagai pasukan kedua terbaik dalam kumpulan A dimalukan 1-2 oleh Switzerland dalam perlawanan pertama mereka dan mungkin tersingkir jika mereka tewas sekali lagi pada hari Rabu.

"Hungary selepas keputusan itu berada dalam keadaan lebih tertekan daripada kami.

"Mereka layak mendapat lebih daripada apa yang sepatutnya peroleh ketika menentang Switzerland," kata Nagelsmann.

Jerman sebagai tuan rumah tidak berada dalam tekanan walaupun dihantui hampir satu dekad prestasi buruk di kejohanan utama sebelum pembukaan Euro 2024 mendominasi menerusi kemenangan 5-1 ke atas Scotland.

"Mereka akan menjadi lebih menyerang terhadap kami berbanding ketika menentang Switzerland," kata Nagelsmann.

Namun, jurulatih itu menambah bahawa pasukannya tidak boleh memandang rendah atau beranggapan boleh menewaskan Hungary dengan mudah.

Mengikut rekod, Jerman tidak mencatatkan keputusan menang dalam tiga perlawanan terakhir menentang Hungary, termasuk seri 2-2 di Euro 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 12:38 AM