Penguat kuasa melupuskan pelbagai barangan tiruan hari ini. FOTO Nik Hariff Hassan
Penguat kuasa melupuskan pelbagai barangan tiruan hari ini. FOTO Nik Hariff Hassan
Hidayatul Akmal Ahmad


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) melupuskan pelbagai barangan tiruan yang menggunakan jenama antarabangsa bernilai RM4,625,953.

Pengarah KPDNHEP WPKL, Ariffin Samsudin berkata, nilai rampasan itu membabitkan 235 kes dari Januari lalu hingga hari ini.

“Untuk hari ini saja kita lupuskan 28 kes dengan nilai RM456,473.

“Semua kes sudah selesai menjalani proses mahkamah dan mendapat kebenaran untuk dilupuskan atau pengawal akta yang berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KPDNHEP WPKL hari ini.

Ariffin berkata, antara barang yang dilupuskan termasuk beg tangan, jam, kerongsang, topi, kasut, baju, minyak wangi dan lain-lain.

Semua barangan yang dilupuskan adalah rampasan ke atas pelanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 12:13 AM