Ahmad Zahid (tengah) merasmikan Pelancaran Jentera BN PRK Tanjung Piai. FOTO Togi Marzuki
Ahmad Zahid (tengah) merasmikan Pelancaran Jentera BN PRK Tanjung Piai. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki


LEBIH 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang menunggu lebih dua jam di Dewan UMNO, Jalan UMNO Pontian, hari ini, pulang hampa apabila dimaklumkan tiada pengumuman calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengumumkan nama calon dengan alasan majlis yang berlangsung hari ini hanya untuk melancarkan jentera PRK BN.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, berterima kasih kepada penyokong BN yang hadir pada majlis itu sekali gus menyokong BN dalam PRK Tanjung Piai, 16 November ini.

Katanya, keputusan untuk mengumumkan calon PRK Tanjung Piai akan diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 7:20 PM