LELAKI maut diseret bas sejauh 25 meter ketika cuba melintas jalan selepas kereta dinaikinya rosak ditengah jalan dalam kejadian di Kilometer 451.7 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Rawang, tengah malam tadi. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
LELAKI maut diseret bas sejauh 25 meter ketika cuba melintas jalan selepas kereta dinaikinya rosak ditengah jalan dalam kejadian di Kilometer 451.7 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Rawang, tengah malam tadi. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI maut diseret bas sejauh 25 meter ketika cuba melintas jalan selepas akibat kereta dinaikinya rosak di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 451.7 Lebuhraya PLUS arah Selatan dekat Rawang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada ja 12.30 tengah malam itu mangsa, Leong Kee Lim, 66 maut di lokasi kejadian akibat dirempuh dan diseret bas berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota RAV4 yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di antara lorong kanan dan tengah lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang cuba melintas untuk ke kiri jalan bagaimanapun dirempuh bas yang datang dari arah sama.

“Bas berkenaan kemudian melanggar kereta jenis Proton Wira yang berada di lorong kecemasan dipercayai untuk membantu mangsa,” katanya.

Azman berkata, bas berkenaan membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Ipoh ke Singapura dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 2:48 PM