Seri Murni

KAYA dengan vitamin E semula jadi, ia juga minyak yang ASLI, bebas dari kolestrol, asid lemak transparan dan aditif.

Apa lagi yang diinginkan pada minyak masak bagi mendapatkan keenakan makanan yang digoreng?

Minyak masak Seri Murni adalah satu-satunya yang diperbuat daripada SUPER OLEIN iaitu gred tinggi olein kelapa sawit yang biasanya digunakan hanya untuk pasaran eksport di bawah permintaan khas.

Tidak hanya kaya dengan vitamin E semula jadi, ia juga adalah minyak yang ASLI, bebas dari kolestrol, asid lemak transparan dan aditif sekali gus menjadikan minyak Seri Murni ini, 'Sungguh Suci, Sungguh Murni'.

Bukan itu saja, produknya juga paling asli tanpa sebarang aditif dan pengguna boleh yakin tiada 'Agen Anti Keruh' ditambah kepada minyak untuk melambatkan proses mengeruhan.


Hakikatnya, minyak kelapa sawit semula jadi adalah seperti minyak kelapa dan beberapa minyak sayuran lain dalam bentuk semula jadi adalah cenderung keruh semasa dalam persekitaran sejuk untuk tempoh yang berpanjangan.

Perkara itu adalah fenomena semula jadi dan 100 peratus selamat digunakan.

Keruh tidak menjejaskan kualiti dan rasa minyak masak kerana minyak perlahan-lahan akan berubah menjadi jernih apabila diletakkan di dalam bilik yang panas.

Malah, bahagian yang keruh itu digunakan dalam pembuatan coklat berkualiti yang cair di dalam mulut tetapi keras apabila berada di dalam bilik berhawa dingin.

Inginkan minyak masak yang diyakini 'Sungguh Suci, Sungguh Murni dan memasak dengan tanpa was-was, Seri Murni nyata pilihan terbaik.

Dapatkannya di pasar raya terdekat dengan pilihan saiz 500gram, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 10:00 AM