Laporan sebelum ini mengenai aktiviti pelacuran Vanessa.
Laporan sebelum ini mengenai aktiviti pelacuran Vanessa.
BERNAMA

ARTIS Indonesia Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terbabit dalam kes pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran sehingga Rp 80 juta (kira-kira RM24,000) untuk sekali layanan.

Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya petang semalam.

Memetik laporan agensi berita Antara, Vanessa, 27, dijangkakan dibebaskan pada hujung bulan ini selepas hukuman penjara itu berkuat kuasa pada tarikh dia ditahan pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:27 AM