POKOK tumbang yang menghempap kenderaan di Taman Kinrara, Puchong, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
POKOK tumbang yang menghempap kenderaan di Taman Kinrara, Puchong, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Serdang: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.24 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tujuh kenderaan yang di parkir di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi memotong dan mengalihkan pokok sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 6:40 PM