PENINGKATAN nilai ringgit mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan Mei 2024, dipacu tindakan bersepadu yang dilaksanakan sejak tiga bulan lalu oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

MOF menerusi hantaran di platform X menjelaskan dari 26 Februari sehingga 17 Mei tahun ini, ringgit meningkat 2.0 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), manakala dolar Singapura, yuan China, rupee India dan baht Thailand, masing-masing susut -0.2 peratus, -0.4 peratus, -0.7 peratus dan 1.0 peratus.

Kementerian itu menambah strategi bersepadu Kerajaan Madani membolehkan ringgit mengukuh dengan purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat AS$17.6 bilion (AS$1 = RM4.71) dalam tempoh itu.

Antara inisiatif dilaksanakan ialah menggalakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membawa pulang pendapatan langsung asing dan meningkatkan interaksi dengan pengeskport untuk menukar hasil kepada ringgit.

Selain memantau penukaran hasil eksport dan import, kerajaan turut memperkukuh ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan, menurut MOF.

"Dengan prospek Rizab Persekutuan mula menurunkan kadar faedahnya dalam tahun ini. Ini pemangkin kepada pemulihan nilai ringgit.

"Namun begitu, Malaysia menggerakkan beberapa usaha untuk menarik minat pelabur ke aset tempatan," tambahnya.

MOF juga menekankan di samping itu, kenaikan bilangan pelancong dari luar negara juga meningkatkan permintaan ringgit, dan sekali gus menyumbang kepada pengukuhan nilai mata wang domestik. -Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 7:01 PM