KEADAAN kereta terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan PDRM
KEADAAN kereta terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Amanina Suhaini


LELAKI maut selepas motosikal ditunggang bertembung kereta dalam kejadian di Jalan Setia Tropika 1/29, Taman Setia Tropika, dekat Johor Bahru, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, mangsa Hue Jian Ann, 37, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) menerima maklumat satu kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal Yamaha Ego S dan sebuah kereta Toyota Vios.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal bertembung dengan kereta berkenaan.

“Penunggang motosikal mengalami parah di bahagian kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian ” katanya dalam kenyataan.

Fariz Ammar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2019 @ 12:01 AM