Laporan portal Harian Metro mengenai lelaki dijumpai terbunuh di kediamannya di Residensi Bistari, Ukay Perdana, Ampang, 12 Mei lalu.
Laporan portal Harian Metro mengenai lelaki dijumpai terbunuh di kediamannya di Residensi Bistari, Ukay Perdana, Ampang, 12 Mei lalu.
Hidayatul Akmal Ahmad


SUSPEK utama kes pembunuhan pengurus acara yang ditemui dengan kesan tikaman di kondominium dekat Jalan Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, Ampang, 12 Mei lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 12 Mei lalu, lelaki berusia 33 tahun dijumpai terbunuh di kediamannya di Residensi Bistari, Ukay Perdana, Ampang.

Mangsa ditemui maut dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman pada dada dan perut, selain turut disamun dipercayai akibat masalah hutang.

Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berseorangan di kediaman berkenaan sebelum ditemui rakan serumahnya, pada 1.06 pagi.

Berita berkaitan

Suspek bunuh pengurus acara ditahan

Ditikam di dada dan perut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 11:59 PM