KERATAN laporan sebelum ini.
KERATAN laporan sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS sudah mengenal pasti suspek utama pembunuhan seorang perunding acara di kondominium di Ukay Perdana, Ampang Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya mempunyai petunjuk baharu yang boleh membantu menyelesaikan kes berkenaan.

“Bagaimanapun kita tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai butiran berkenaan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Polis Selangor bersama Prasarana di Stesen MRT Sungai Buloh, hari ini.

Pada Ahad lalu, lelaki berusia 33 tahun itu ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut oleh rakannya yang kemudian menghubungi polis pada 1.06 pagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noor Azam berkata, pihaknya turut mempunyai petunjuk positif kehilangan jururawat Hospital Serdang, namun enggan mengulas lanjut.

“(Sama ada) kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, saya akan makluman kemudian kerana siasatan masih berjalan,” katanya.

Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, dilapor hilang sejak Rabu minggu lalu, selepas kali terakhir dilihat di kawasan tempat letak kenderaan Hospital Serdang, memandu kereta Honda City berwarna putih.

Kehilangannya hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarga untuk bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor bertugas di tempat kerja.

Berita berkaitan

''Henti sebar maklumat palsu kakak saya''

'Bantu kami kesan kakak'

'Masih tiada khabar dari Siti Kharina'

Ditikam di dada dan perut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 9:26 PM