Nor Azian. FOTO ihsan PDRM
Nor Azian. FOTO ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS Kuala Lumpur mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak hampir tiga minggu lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, wanita terbabit, Nor Azian Nawi, 36, dikatakan dilihat kali terakhir pada 29 Mac lalu.

“Wanita itu dikatakan dilihat kali terakhir di sebuah restoran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam sebelum dilaporkan hilang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Abi Shafazeem Arshad di talian 013 5675872 atau Balai Tun H S Lee (03 92212222) atau talian Hotline Polis Kuala Lumpur (03 21159999) atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, wanita itu bekerja di restoran berkenaan. Ahli keluarga membuat laporan mengenai kehilangannya apabila dia tidak pulang ke rumah di PPR berkenaan selepas bekerja pada hari kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 8:53 PM