LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KELUARGA usahawan tekstil dari Bandung, Indonesia masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dari pihak berkuasa Malaysia sebelum ke negara ini untuk urusan tuntutan jenazah.

Peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Hermawan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat berhubung keputusan DNA berkenaan.

“Saya dan keluarga arwah akan ke Jakarta esok (hari ini) untuk ke Kementerian Luar Negeri Indonesia bagi mendesak kerajaan mempercepatkan proses berkenaan.

“Kejadian sudah hampir satu bulan namun pihak keluarga tidak mendapat penjelasan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hermawan berkata, setakat ini pihaknya tidak dihubungi mana-mana pihak berkuasa Indonesia berhubung perkembangan kes berkenaan.

Pada 26 Januari lalu, mayat dua individu tanpa identiti ditemui berhampiran sungai di kawasan kelapa sawit.

Selain itu, satu plastik dipercayai mengandungi kepala, tangan dan kaki yang turut ditemui di lokasi kejadian oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, jam 2.30 petang.

Hasil pemeriksaan polis mendapati mayat seorang lelaki dan wanita yang ditemui di lokasi kejadian.

Susulan itu, dua lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan dua mayat berkenaan.

Dua lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun itu ditahan pada 29 dan 30 Januari lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Berita berkaitan

Polis tunggu keputusan DNA mangsa bunuh

2 suspek direman lima hari lagi

Dua lelaki warga asing ditahan

'Operasi cari anggota badan mangsa bunuh dihentikan'

'[UPDATE] Cari kaki, tangan dua mayat 'kudung''

'Mayat lelaki, wanita tanpa anggota badan'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 6:09 PM