PEGAWAI Maritim Malaysia Pulau Pinang melihat peta lokasi seorang penumpang dipercayai terjatuh. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
PEGAWAI Maritim Malaysia Pulau Pinang melihat peta lokasi seorang penumpang dipercayai terjatuh. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Shamsul Munir Safini


RAPID Ferry Sdn Bhd sudah memulakan siasatan dalaman berhubung laporan kejadian seorang penumpang yang didakwa terjatuh dari feri kendalian syarikat itu.

Jurucakap Rapid Ferry dalam satu kenyataan berkata, seorang penumpang Feri Pulau Undan yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim melihat mangsa sedang tenggelam di laut.

“Dia memberitahu mangsa berada jauh dari kedudukan feri yang lalu ketika kejadian.

“Susulan itu, penumpang berkenaan memaklumkan kru feri dan Kapten segera memaklumkan kejadian kepada pusat kawalan.

“Kru Feri Pulau Undan cuba menyelamatkan mangsa dengan mencampakkan pelampung namun mangsa kemudiannya hilang dan tidak dapat dikesan,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dipercayai terjatuh dari Feri Pulau Undan, ditangguhkan 7.30 malam ini.

“Operasi akan disambung semula jam 7.30 pagi esok,” katanya.

Berita berkaitan

Penumpang terjatuh dari feri [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 9:37 PM