Hadzlihady Hassan


SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat lelaki yang dikatakan terjatuh dari feri ditemui hari ini.

Mayat yang masih belum diketahui identiti itu ditemui jam 10 pagi oleh orang awam berhampiran Jeti Swettenham, Georgetown sebelum mereka menghubungi Polis Marin.

Menurut sumber, mayat dibawa ke Pengkalan Polis Marin Batu Uban.

“Hasil pemeriksaan menemui kunci motosikal, wang RM1 dan sebuah telefon bimbit.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, video seorang lelaki yang dikatakan terjatuh dari feri tular di laman sosial.

Mangsa dilaporkan terjatuh jam 9.20 pagi dari feri penumpang di kedudukan 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth.

Bagaimanapun, Rapid Ferry dalam kenyataan medianya menafikan mangsa terjatuh dari feri.

Berita berkaitan

Penumpang terjatuh dari feri [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 1:03 PM
ANGGOTA Polis Marin membawa mayat lelaki yang dipercayai terjatuh semasa menggunakan perkhidmatan feri. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
ANGGOTA Polis Marin membawa mayat lelaki yang dipercayai terjatuh semasa menggunakan perkhidmatan feri. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal