Pusat pelupusan tayar musnah 70 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Kajang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Pusat pelupusan tayar musnah 70 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Kajang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


PUSAT pelupusan tayar musnah dalam kebakaran di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Kajang, kira-kira 5 pagi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian pada 5.06 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama satu jentera tangki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi bagi bantuan memadamkan kebakaran.

“Kebakaran membabitkan longgokan tayar dan menyebabkan asap tebal di kawasan berkenaan.

“Kebakaran menyebabkan kawasan berkeluasan 15x15 meter persegi terbabit mengalami kemusnahan sebanyak 70 peratus dan usaha memadamkan api masih dilakukan oleh anggota bertugas.

“Kami turut mendapatkan bantuan dua anggota, bersama satu jentera tangki air dari BBP Bangi bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Selain itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dikerahkan ke lokasi bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini berikutan terdapat tiang elektrik di kawasan kebakaran,” katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 11:05 AM