Orang ramai melihat gerakan mencari dua lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di rumah pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap. FOTO Ihsan Pembaca
Orang ramai melihat gerakan mencari dua lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di rumah pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap. FOTO Ihsan Pembaca
Aizat Sharif dan Zuliaty Zulkifli


PERKELAHAN sebuah keluarga di rumah pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap, bertukar tragedi apabila seorang ditemui lemas dan seorang terselamat, manakala datuk dan seorang lagi cucunya dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa ditemui lemas adalah Norshariza Hafiza Samsudin, 14, manakala mangsa terselamat pula dikenali sebagai Hanis rakan kepada Norshariza.

Dua lagi mangsa dikhuatiri lemas adalah Mohamad Ramli Ibrahim, 65, dan cucunya Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 1.45 tengah hari memaklumkan terdapat empat mangsa dikhuatiri lemas.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga remaja terbabit yang sedang mandi hampir lemas sebelum cuba diselamatkan datuk mereka berusia 65 tahun, namun gagal apabila dibawa arus sungai.

“Tindakan pantas pihak bomba dan orang kampung yang menerima maklumat itu dapat menyelamatkan salah seorang daripada mereka, manakala seorang lagi ditemui apabila timbul dari dasar sungai tidak lama kemudian,

“Kini, usaha mencari dua lagi mangsa yang belum ditemui selepas dibawa arus Sungai Pedu,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 5:36 PM