AHLI keluarga tidak dapat menahan sedih ketika menunggu proses bedah siasat jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi di Hospital Kota Tinggi. FOTO Hairul Anuar Rahim

Mohd Sabran Md Sani

SUASANA pilu menyelubungi perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Kota Tinggi, Kota Tinggi, apabila ahli keluarga berkumpul bagi menunggu urusan bedah siasat empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kluang-Kota Tinggi, malam tadi.

Semua ahli keluarga suami isteri berkenaan dilihat berkampung di hospital sejak tengah malam tadi sehingga jenazah selesai dibedah siasat dan disembahyangkan.

Turut kelihatan rakan-rakan Allahyarhamah Norlia Osman, 33, yang sama-sama bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi.

Sanak saudara serta keluarga kedua-dua pihak dilihat menunggu mayat empat beranak sehingga selesai proses bedah siasat dan memandikan jenazah pada 12 tengah hari.

Jenazah empat beranak itu kemudian dibawa menaiki tiga van jenazah dari Pusat Islam Iskandar Johor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong, Kluang selepas solat Zuhur.

Berita berkaitan

Empat beranak ajal bersama

[UPDATE] 20 minit keluarkan pemandu tersepit

'Jumpa lagi esok...'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 12:36 PM