KENDERAAN Mazda CX-5 yang terhumban ke laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu. FOTO Arkib SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
KENDERAAN Mazda CX-5 yang terhumban ke laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu. FOTO Arkib SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Hadzlihady Hassan


KERTAS siasatan berhubung kes kemalangan menyebabkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5, Moey Yun Peng, 20, meninggal dunia selepas kenderaannya terbenam dalam laut akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, walaupun laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios belum diperolehi, namun pihaknya akan merujuk kertas siasatan terbabit sebagai semakan awal.

“Kita masih menunggu laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios terbabit, namun semakan awal perlu dilakukan.

“Setakat ini, kita sudah merekod keterangan 16 individu termasuk saksi awam, ahli keluarga, rakan-rakan mangsa dan pemandu Toyota Vios terbabit.

“Maka kertas siasatan berdasarkan keterangan saksi itu akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi Ahad lalu, SUV putih yang dipandu Yun Peng, terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Vios dipandu rakannya di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan Selasa lalu.

Sementara itu, difahamkan malam sebelum berlaku tragedi, mendiang Yun Peng ada menghubungi pemandu Toyota Vios terbabit untuk mengajaknya bersama-sama menyambut parti hari jadi rakan mereka di Lebuh Chulia, Georgetown.

Bagaimanapun, kenderaan dipandu mendiang terbabas dan terjunam dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Vios dipandu rakannya itu.

Berita berkaitan

[UPDATE] 'Saya sedia dihukum' - Pemandu Vios

[UPDATE] Dibebaskan dengan jaminan polis [METROTV]

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 5:57 PM