AHLI keluarga dan sahabat mangsa ketika di hospital. FOTO Rosli Ahmad
AHLI keluarga dan sahabat mangsa ketika di hospital. FOTO Rosli Ahmad
Mohamed Basyir


AHLI keluarga Moey Yun Peng, 20, mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban dari Jambatan Pulau Pinang ke laut, Ahad lalu, mahu siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil.

Abang Moey, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan.

“Kami mahu keadilan ditegakkan dalam kes ini. Saya juga harap masyarakat tidak membuat spekulasi mengenai kemalangan berkenaan.

“Tolong berikan ruang kepada kami sekeluarga untuk kami melalui saat yang sukar ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya, Seberang Jaya, malam tadi.

Mayat Moey, yang juga penuntut sebuah kolej swasta dituntut ahli keluarganya selepas prosedur bedah siasat selesai kira-kira jam 10 malam.

Mayat dipercayai akan dibawa ke kediamannya di Taman Kempas, Butterworth, sebelum upacara pengebumian yang dijangka diadakan Khamis ini.

Dalam kemalangan jam 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Moey terhumban ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Mayat Moey bersama SUV berkenaan berjaya dinaikkan jam 5.50 petang semalam, selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Berita berkaitan

'Bangun, pulanglah sekarang...'

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

Alamak, tali terlucut pulak...

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 12:06 AM