Nur Izzati Mohamad


PEMANDU Toyata Vios yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terjunam ke dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 21 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk menyerah diri sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik oleh ahli keluarganya, jam 2 pagi.

Suspek yang bekerja sebagai pendandan rambut itu dibebaskan, jam 6.45 petang selepas polis selesai mengambil keterangannya hampir 17 jam.

Dia yang memakai baju T, berseluar track panjang dan bertopi kemudian beredar bersama ahli keluarganya dengan menaiki kereta Perodua Viva.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad lalu, pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, maut selepas SUV yang dipandunya berlanggar dengan Toyota Vios sebelum terhumban ke laut.

Kemalangan itu menyebabkan anggota penyelamat mengambil masa lebih 48 jam bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

LELAKI dipercayai pemandu Toyota Vios meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD
LELAKI dipercayai pemandu Toyota Vios meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD

Mayat mangsa bersama kenderaannya berjaya ditarik keluar, jam 6.10 petang dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya dekat Taman Kempas, Butterworth.

Upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Kremotorium Berapit, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dilaporkan berkata, polis sedang menunggu laporan ujian darah dan alkohol untuk siasatan lanjut.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa kedua-dua pemandu berkenaan berlumba ketika kejadian berlaku, katanya, perkara itu juga masih dalam siasatan pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:24 PM