Hadzlihady Hassan


BEKAS pekerja salun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas dakwaan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut 20 Januari lalu.

Tertuduh, MK Vaitheswaran, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil, di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20, di Kilometer (KM) 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, 3 pagi pada 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Vaitheswaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000, dan hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam S Parameswaran memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum RM5,000 berikutan tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang proses siasatan.

"Selepas kejadian berkenaan, tertuduh sudah tidak bekerja malah dia juga bukan daripada keluarga yang senang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir Abdul Karim bagaimanapun mahu mahkamah memberi jaminan RM10,000 berikutan kes berkenaan adalah serius dan mendapat perhatian masyarakat.

Jamaliah kemudiannya membenarkan Vaitheswaran diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, lesen memandu digantung sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Beliau juga menetapkan 18 Mac hadapan sebagai sebutan semula kes.

Dalam kejadian 20 Januari lalu, SUV dipandu Yun Peng, yang juga penuntut kolej swasta, terhumban ke laut selepas kenderaannya bergesel dengan Toyota Vios dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Mayat Yun Peng yang terperangkap dalam kenderaannya hanya dapat dikeluarkan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, 6.07 petang.

K Vaitheswaran di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad
K Vaitheswaran di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. FOTO Danial Saad

Mengikut pertuduhan, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20, di Kilometer (KM) 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, 3 pagi 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Vaitheswaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000, dan hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam S Parameswaran memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum RM5,000 berikutan tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang proses siasatan.

“Tertuduh juga sudah tidak bekerja selepas kejadian berkenaan, malah keluarganya juga bukan daripada keluarga yang senang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir Abdul Karim bagaimanapun mahu mahkamah memberi jaminan RM10,000 berikutan kes berkenaan adalah serius dan mendapat perhatian masyarakat.

Jamaliah kemudiannya membenarkan Vaitheswaran diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, lesen memandu digantung sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 18 Mac hadapan.

Berita berkaitan

Darah pemandu SUV putih turut diuji

Keterangan 16 saksi kes SUV putih direkodkan

[UPDATE] 'Saya sedia dihukum' - Pemandu Vios

[UPDATE] Dibebaskan dengan jaminan polis [METROTV]

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 10:45 AM