Norasikin Daineh

PEMANDU Grab yang tidak pulang ke rumah sejak semalam, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaannya di Lido 4 Season, dekat Jalan Lintas, Kota Kinabalu, kira-kira 5 petang hari ini.

Ahmad @ Nor Ahmad Nasib, 54, bagaimanapun dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1(QEH1) untuk rawatan lanjut selepas ditemui orang awam di kawasan itu.

Anaknya Norshalizza, 24, turut memaklumkan perkara itu di dalam akaun Facebooknya berhubung penemuan bapanya.

"Bapa saya sudah ditemui petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam keretanya di kawasan itu.

"Sekarang bapa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Ahmad disedari hilang selepas gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah mereka di Taman Pengalat, Papar selepas keluar 5 pagi, semalam.

Kehilangannya itu menjadi tular di Facebook dan WhatsApp hari ini.

Berita berkaitan:

  • Bapa tak pulang lepas pandu Grab
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Disember 2018 @ 11:51 PM