BOT nelayan yang ditahan menceroboh kawasan larangan di perairan dekat RAPID.
BOT nelayan yang ditahan menceroboh kawasan larangan di perairan dekat RAPID.
Izlaily Nurul Ain Hussein

Kota Tinggi: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan dua bot nelayan yang menceroboh kawasan larangan di perairan dekat Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di sini, Khamis lalu.

Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kedua-dua bot itu ditahan ketika menjalankan aktiviti perikanan di kawasan terbabit.

“Kita turut menahan enam nelayan tempatan berusia 33 hingga 58 tahun, selain bot didapati melanggar syarat lesen perikanan dibenarkan,” katanya di sini, semalam.

Khiu berkata, mereka dikesan melakukan pengubahsuaian peralatan perikanan tanpa kebenaran Jabatan Perikanan Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan itu adalah inisiatif pencegahan kes kecurian dan pencerobohan di kawasan RAPID.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 4:01 AM