Faliq Lajim

Banting: “Saya terlihat api di bahagian dapur kantin sekolah berkenaan disusuli beberapa bunyi letupan kuat.

Saya kemudian segera menghubungi bomba berikutan api marak dengan cepat,” kata pengawal di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Panglima Garang, Hanapiah Jaafar, 53.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, 70 peratus kantin sekolah itu terbakar.

Hanapiah berkata, dia berada di pondok pengawal kantin sekolah berkenaan ketika kejadian

KEADAAN kantin Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang  yang musnah dalam kebakaran,  pagi semalam.
KEADAAN kantin Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang musnah dalam kebakaran, pagi semalam.

“Nasib baik kejadian berlaku ketika waktu awal pagi dan kebetulan pula pada waktu cuti sekolah,” katanya.

Difahamkan, sekolah itu dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Ogos 1975 ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Dalam pada itu, pengusaha kantin, Nor Haizan Mahadi, 39, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 7.30 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Ogos 2018 @ 11:07 AM