Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: Tiga penyamun tidak sempat berjoli dengan hasil samun mereka apabila ditahan tidak sampai dua jam selepas menyamun seorang pemandu teksi di Jalan Klang-Banting berhampiran Telok Panglima Garang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, penyamun berkenaan merempuh sekatan jalan raya di hadapan sebuah pasar raya di pekan Banting menuju ke Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, sebelum itu kira-kira jam 9.30 malam, mereka menaiki teksi dipandu mangsa di Stesen LRT Ampang.

Menurutnya, suspek membabitkan seorang wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an meminta mangsa menghantar mereka ke satu kawasan di daerah ini.

“Setibanya mereka di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buaya di sini kira-kira jam 10 malam, penumpang perempuan yang duduk di bahagian belakang pemandu mengacukan pisau di leher mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 8:40 AM