Saidon Idris

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan lawatan hari ketiganya ke China pagi ini dengan melawat kemudahan syarikat teknologi, Da-Jiang Innovations (DJI) di Beijing.

DJI yang berpangkalan di Shenzen, Guangdong adalah pengeluar utama dron komersial dengan menguasai 70 peratus daripada pasaran dunia.

Teknologi dron DJI digunakan di serata dunia oleh industri muzik, televisyen dan filem.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri menyaksikan demonstrasi dron teknologi terkini DJI.

Dr Mahathir disambut Presiden DJI, Roger Luo dan Naib Presidennya, Fred Zhang.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 2:09 PM