DJI Spark
DJI Spark
Afiq Hanif

DJI Spark menjadi dron yang direka bagi individu yang baru berjinak dengan gajet terbang ini dengan harga jauh lebih murah iaitu kira-kira RM2,200 saja berbanding abangnya yang mencecah RM6,000.

Lebih kecil berbanding DJI Mavic Pro, ia berupaya merakam video HD penuh pada format 30 fps menggunakan kamera dengan jarak fokal 25mm dan apertur f2.6.

Berdasarkan gimbal 2-axis, ia boleh terbang sehingga 16 minit lamanya dan beroperasi sehingga dua kilometer melalui alat kawalan khas.

INFO

DJI SPARK

• Harga: Anggaran RM2,200

• Berat: 300g

• Dimensi: 143x143x55 mm

• Kelajuan maksimum: 50km/j

• Masa terbang: 16 minit

• Jauh: 2km

• Kamera: 12MP, 1/2.3” CMOS

• Video: FHD: 1920◊1080 30p

• Sambungan: WiFi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 1:23 PM