LAPAN kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, Batu Pahat,  hangus dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
LAPAN kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, Batu Pahat, hangus dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Mohamed Farid Noh


LAPAN kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, Batu Pahat, terbakar hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, deretan kedai sementara yang menjadi ikon pekan Ayer Hitam sejak lebih 30 tahun lalu musnah seratus peratus,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Othman Baher berkata, seramai 14 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Tiga jentera termasuk sebuah tangki air dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran dan api berjaya dikawal 8.10 pagi tadi selepas 25 minit operasi dimulakan.

"Tindakan pantas anggota mengawal kebakaran berjaya mengelakkan deretan kedai berhampiran turut terbakar.

"Punca kejadian masih disiasat, " katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 11:55 AM