MASKIAH (berkerusi roda) bersama Ezzra (kanan) ketika menunggu jenazah Noorakhirludin Alam di Hospital Sungai Buloh, semalam. FOTO Zunnur Al Shafiq
MASKIAH (berkerusi roda) bersama Ezzra (kanan) ketika menunggu jenazah Noorakhirludin Alam di Hospital Sungai Buloh, semalam. FOTO Zunnur Al Shafiq
Teoh Pei Ying


“IBU beritahu kemalangan berlaku dalam sekelip mata dan bapa sempat melafazkan 'Allahu Akbar' sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya dilanggar sebuah treler.”

Begitu kata Ezzra anak perempuan Noorakhirludin Alam Mohamad Nor, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 446 Lebuhraya Utara-Selatan dekat persimpangan Rawang Selatan, semalam.

Ezzra, 15, berkata ibu bapanya datang ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyaksikan persembahan koirnya, hari ini.

“Ketika saya berbual dengan bapa semalam (kelmarin), dia beritahu supaya menunggunya.

“Sepatutnya, saya terbabit dengan persembahan koir dengan beberapa rakan lain disaksikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, esok (hari ini).

“Saya sempat berbual dengan bapa selepas mereka (ibu dan bapa) melalui kawasan Simpang Pulai dan mereka beritahu akan tiba di ibu negara dalam masa dua jam lagi. Itu kali terakhir saya berbual dengan bapa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Seri Puteri itu berkata, ibunya, Maskiah Mat Saad, 41, mengalami kesan lebam dan adik bongsunya, Ezzudin, 11, kini ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Dia (Ezzudin) duduk di bahagian belakang di dalam kenderaan itu dengan memakai tali pinggang keledar. Mereka (ibu dan adik) terjaga apabila kejadian itu berlaku.

“Ezzudin mengalami kecederaan di kepala serta dagu, dia sudah menjalani pembedahan dan kini dirawat di ICU.

“Saya harap semua rakyat Malaysia dapat berdoa untuk kesembuhan adik saya," katanya.

Melaka: Harimau Malaya cuma ada kurang 200 ekor dalam hutan di Semenanjung Malaysia.- Foto HASSAN OMAR
Melaka: Harimau Malaya cuma ada kurang 200 ekor dalam hutan di Semenanjung Malaysia.- Foto HASSAN OMAR

Mengulas lanjut, Ezzra berkata, ibu bapanya sepatutnya akan datang lagi ke Kuala Lumpur pada minggu depan bagi menghantarnya kembali ke sekolah.

“Saya akan pulang ke Bertam (Pulau Pinang) Jumaat ini (20 Julai) dan mereka akan menghantar saya kembali (ke sekolah), Ahad depan,” katanya.

Difahamkan, Ezzra mengikuti kenderaan yang membawa jenazah bapanya ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk urusan pengebumian.

Berita berkaitan

[UPDATE] 'Menyusul' arwah abang selepas 40 hari

[UPDATE] Dengar bunyi dentuman kuat

4 maut nahas 6 kenderaan [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 12:32 AM