DUTERTE. FOTO Arkib NSTP
DUTERTE. FOTO Arkib NSTP
Johari Ibrahim


PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte, akan melawat Malaysia dan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin depan.

Jurucakap Presiden, Harry Roque berkata, Duterte dan Dr Mahathir bercakap menerusi telefon semalam, sebelum pemimpin Filipina itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Malacanang.

“(Saya) menghubungi (Dr) Mahathir sebelum mesyuarat Kabinet. Beliau mahu berbincang mengenai pemberontakan dan ISIS. Kami akan ke sana pada 16 Julai. Selepas menonton tinju, kami akan berbincang dengan Mahathir,” Roque memetik Duterte dalam mesej Twitternya malam ini.

Duterte merujuk kepada perlawanan tinju antara Senator Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse dari Argentina di Kuala Lumpur pada 15 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 11:51 PM