Rosli Ilham


JABATAN Bomba dan Penyelamat mengesahkan seorang mangsa melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga tangki minyak di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, semalam.

Mangsa, dikenali sebagai Rosli Muhamad, 42, melecur di bahagian muka dan tangan kanan sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja kontrak dipercayai sedang menjalankan kerja penyelenggaraan berhampiran kawasan tangki terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Penolong Pesuruhjaya, Azlimin Mat Noor, yang mengadakan sidang media 2.30 pagi tadi berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya, beliau menafikan berita yang tular berhubung kematian enam pekerja dalam insiden kebakaran itu.

Sementara itu Azlimin berkata, kerja memadam tangki pertama dan kedua berjaya dipadamkan dan kebakaran hanya tinggal beberapa peratus sahaja.

"Kita percaya kedua-dua tangki itu akan dipadamkan sepenuhnya menjelang tengahari ini.

Kita sedang memberi tumpuan usaha memadamkan api pada tangki ketiga yang masih terbakar dan kita tidak pasti berapa masa kita dapat padamkan sepenuhnya, "katanya.

Berita berkaitan

Tangki simpanan minyak terbakar [METROTV]

[UPDATE] Api merebak ke tangki ketiga

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 8:40 AM
KEADAAN kebakaran tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company  yang terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong sejak petang tadi. FOTO Ghazali Kori
KEADAAN kebakaran tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company yang terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong sejak petang tadi. FOTO Ghazali Kori