KEADAAN kebakaran di tangki minyak berkenaan. FOTO Rosli Ilham.
KEADAAN kebakaran di tangki minyak berkenaan. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


KEBAKARAN tangki minyak di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, dekat Chukai, dikatakan merebak ke tangki bersebelahan.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, kejadian bermula apabila hanya sebuah tangki minyak mentah yang mampu menampung kira-kira 300,000 liter minyak mentah.

Ia kemudian merebak kepada ke tangki kedua.

Sumber memberitahu, kira-kira 9.30 malam tadi, kebakaran dikatakan merebak ke tangki yang ketiga.

Bagaimanapun, usaha memadam kebakaran sedang giat dilakukan dan setakat ini tangki pertama dan kedua api sudah berjaya dipadamkan melebihi 80 peratus.

"Tangki pertama dan kedua hanya berbaki beberapa peratus lagi dan kini tumpuan pemadaman ditumpukan kepada tangki ketiga.

Pasukan bomba kini bertungkus lumus bagi memastikan kebakaran itu dapat dipadamkan dengan segera," katanya.

Kebakaran tangki minyak mentah terbabit menyebabkan persekitaran kawasan dipenuhi asap hitam dan tebal.

Difahamkan ketika kebakaran itu berlaku, tangki pertama hanya mengandungi kira-kira 40,000 liter minyak berikutan sebilangan besar minyak di dalam tangki itu sudah digunakan.

Jumlah minyak mentah dalam tangki kedua dan ketiga tidak diketahui ketika laporan berita ini dibuat.

Operasi pemadaman membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dan Kerteh.

Kerja-kerja memadam kebakaran itu turut dibantu pasukan dan anggota Persatuan Kilang-kilang di kawasan Industri terbabit yang dikenali Kemaman Mutual Aid (KEMA).

Berita berkaitan

Tangki simpanan minyak terbakar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 11:48 PM