Muhammad Yusri Muzamir


LELAKI warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik sewanya di Jalan Datuk Koyah, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mayat Abdul Sani Mat, 74, ditemui selepas pemilik rumah berkenaan menghidu bau busuk dari bilik si mati.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat Abdul Sani ditemui sudah berulat dipercayai meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu.

ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas yang meninggal dunia sejak seminggu lalu di sebuah bilik sewa di Jalan Dato Koyah, Georgetown, hari ini. FOTO Amir Irsyad Omar
ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas yang meninggal dunia sejak seminggu lalu di sebuah bilik sewa di Jalan Dato Koyah, Georgetown, hari ini. FOTO Amir Irsyad Omar

“Pemilik rumah berkenaan memberitahu ada bau busuk dari dalam bilik yang disewakan dan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati si mati tinggal di bilik terbabit seorang diri sejak lima tahun lalu, dan polis sedang mengesan warisnya untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 5:16 PM