PENGERUSI Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (tiga dari kanan) bersama Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada Program UMNO Bantu Rakyat di Pejabat UMNO Bahagian Sik. FOTO  Amran Hamid
PENGERUSI Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (tiga dari kanan) bersama Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada Program UMNO Bantu Rakyat di Pejabat UMNO Bahagian Sik. FOTO Amran Hamid
Rizanizam Abdul Hamid


KIRA-kira 400,000 penerima bantuan seluruh negara

telah menerima sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) di bawah program UMNO Bantu Rakyat 2.0 sejak ia dilancarkan Mei tahu lalu.

Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia membabitkan peruntukkan berjumlah RM20 juta kepada keluarga kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan parti politik.

"Untuk program UMNO Bantu Rakyat 2.0 sahaja, ia telah memberi manfaat kepada 400,000 penerima bantuan secara konsisten dan ini tidak termasuk UMNO Bantu Rakyat 1.0 yang dimulakan lebih awal dua tahun lalu.

"Segala bantuan ini kita pelbagaikan mengikut keperluan rakyat seperti kepada ibu tunggal dan pembukaan akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 1 Malaysia untuk masa depan pendidikan murid bermula dari sekolah rendah.

"Ini membuktikan UMNO bukanlah bagi bantuan secara "one-off" tetapi satu pelaburan jangka panjang yang dapat mendidik keluarga untuk menabung demi masa depan anak-anak mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian selepas Majlis UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran BiKUM dan UMNO Bahagian Sik di Dewan Serbaguna Pejabat UMNO Sikdi sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Sik Dr Mansor Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagiannya Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Pada majlis berkenaan, seramai 500 murid sekolah rendah menerima sumbangan pembukaan akaun SSPN 1 Malaysia RM100 seorang daripada BiKUM, selain bantuan kit makanan dan barangan keperluan kepada ibu tunggal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 4:37 PM