Shamsul Anuar mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama media bagi program UMNO Bantu Rakyat di Pejabat Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Villa Putra Condo, Jalan Tun Ismail. FOTO Asyraf Hamzah
Shamsul Anuar mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama media bagi program UMNO Bantu Rakyat di Pejabat Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Villa Putra Condo, Jalan Tun Ismail. FOTO Asyraf Hamzah
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) mengaktifkan program 'UMNO Bantu Rakyat' untuk memberi bantuan kepada golongan memerlukan di 50 lokasi seluruh negara.

Dengan konsep kurang protokol dan mesra rakyat, fasa pertama membabitkan golongan miskin, ibu tunggal, pelajar sekolah dan pesakit kronik bermula pada 20 hingga 31 Mei depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia sebahagian daripada jelajah parti untuk menyantuni 400,000 keluarga bermula di Ampang, Selangor dan berakhir di Terengganu.

"Kita ada beberapa pendekatan menerusi tiga fasa di 13 negeri. Kita sasarkan keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Selain barangan keperluan asas, kita juga akan taja akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada 15,000 keluarga terpilih berjumlah RM500,000.

"Jelajah ini berkonvoi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan dibantu Briged Bantuan Bencana BIKUM, pasukan perubatan pemimpin setempat, pengamal media dan sayap parti," katanya kepada media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 3:59 PM