SAUDARA mendiang memberikan penghormatang terakhir, semalam. FOTO Amir Irsyad Omar
SAUDARA mendiang memberikan penghormatang terakhir, semalam. FOTO Amir Irsyad Omar
Siti Nur Mas Erah Amran


GURU yang terbabit dengan kes pelajar meninggal dunia selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, pemindahan itu sementara menunggu siasatan penuh terhadap kes berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada kedua ibu bapa serta keluarga mendiang M Vasanthapiriya, 14, yang meninggal dunia kelmarin.

“Buat masa ini, guru berkaitan telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah sementara menunggu siasatan penuh dijalankan oleh pihak berkuasa dan Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Pelajar tingkatan dua di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu meninggal dunia pada 3.30 pagi di Hospital Seberang Jaya.

Terdahulu, mangsa dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil telefon pintar milik seorang guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan akan memantapkan ilmu psikologi kepada warga pendidik.

Beliau berkata, penambahbaikan serta penyesuaian boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

“Ilmu terbabit memang sudah sedia diajar di institut pendidikan guru serta universiti dalam negara ini,” katanya.

Berita berkaitan

Mana telefon pintar guru Vasantha?

Guru tuduh pelajar curi dipanggil polis

‘Saya yakin Vasanthapiriya tak mencuri’ - Rakan [METROTV]

Air mata untuk Vasanthapiriya [METROTV]

'Kami mahu keadilan' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 6:54 PM