LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
Shamsul Munir Safini


SUMBER polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh menunjukkan pelajar perempuan M Vasanthapiriya, 14, yang maut membunuh diri baru-baru ini, mengambil telefon bimbit milik gurunya.

Namun, pihak polis enggan mengulas lanjut perkara itu kerana ia boleh mengganggu siasatan sebaliknya meminta semua pihak menunggu proses inkues.

Difahamkan, guru itu sudah melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan perkara terbabit kepada pelajar berkenaan, namun mendiang enggan mengaku perbuatannya.

Sebelum ini, polis sudah menyiapkan tiga kertas siasatan dan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Kertas siasatan itu bagaimanapun dipulangkan semula untuk penambahan termasuk keterangan beberapa saksi.

Dalam kejadian itu, mendiang dipanggil oleh empat guru sebelum dituduh mengambil iPhone milik seorang guru berkenaan.

Pelajar berkenaan tidak mengaku melakukan perbuatan itu sebelum bertindak menggantung dirinya pada 24 Januari lalu.

Mangsa meninggal dunia pada 1 Februari lalu.

Berita berkaitan

v

[UPDATE] Guru Vasanthapiriya dipindahkan

[UPDATE] Mana telefon pintar guru Vasantha?

Air mata untuk Vasanthapiriya [METROTV]

'Kami mahu keadilan' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2018 @ 7:41 PM