Siti Sofia Md Nasir


MAHKAMAH Koroner Georgetown menetapkan 24 dan 25 Mei hadapan bagi tarikh prosiding inkues menyiasat punca kematian pelajar M Vasanthapiriya yang meninggal dunia selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Koroner Norsalha Hamzah menetapkan tarikh berkenaan pada sebutan pertama hari ini.

Inkues itu akan dibantu Pegawai Pengendali, J G Kaameni, manakala guru terbabit diwakili peguam, V Parthipan.

Parthipan ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukakan sekurang-kurangnya 30 saksi pada kedua-dua tarikh prosiding berkenaan.

"Tarikh itu diberikan untuk permohonan dokumen, selain membawa sekurang-kurangnya 30 saksi, termasuk guru terbabit," katanya.

PRESIDEN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak (kanan) bersama V Parthipan (dua kiri) hadir pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Georgetown. FOTO Danial Saad
PRESIDEN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak (kanan) bersama V Parthipan (dua kiri) hadir pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Georgetown. FOTO Danial Saad

Tinjauan pemberita yang hadir sejak 8 pagi mendapati guru wanita berkenaan dan wakil keluarga Vashanthapiriya tidak hadir di Mahkamah Koroner.

Pada 1 Februari lalu, pelajar tingkatan dua itu meninggal dunia selepas tujuh hari dalam koma akibat menggantung diri di bilik rumahnya dipercayai apabila dituduh mencuri telefon bimbit gurunya pada 24 Januari.

Berita berkaitan:

Hentikan spekulasi kes Vasanthapiriya

Baling batu ke sekolah Vasanthapiriya

Guru Vasanthapiriya dipindahkan

Mana telefon pintar guru Vasantha?

Guru tuduh pelajar curi dipanggil polis

Air mata untuk Vasanthapiriya [METROTV]

'Kami mahu keadilan' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 10:42 AM