PROF Dzulkifli memegang anugerah Tokoh Akademik Negara yang diterimanya.
PROF Dzulkifli memegang anugerah Tokoh Akademik Negara yang diterimanya.
HM Digital

Nilai: Pengalaman luas dalam bidang akademik dan pentadbiran pengajian tinggi dalam serta luar negara membolehkan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menerima
anugerah Tokoh Akademik Negara.

Penganugerahan itu disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di Putrajaya, kelmarin.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata, warga USIM mengucapkan tahniah dan berbangga atas pengiktirafan diterima Dzulkifli.

Katanya, buah fikiran dan kepemimpinan beliau selaku Pengerusi Lembaga Pengarah USIM membawa universiti lebih cemerlang.

“Ia pengiktirafan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi diberikan kepada ahli akademik yang memberi sumbangan dalam perkembangan pendidikan dan pembangunan negara.

“Penganugerahan itu penghargaan kepada intelektual negara dan perangsang kepada kakitangan universiti terus berusaha memacu kejayaan universiti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 11:37 AM