BARISAN pengelola dan pentadbiran City University, Petaling Jaya.
BARISAN pengelola dan pentadbiran City University, Petaling Jaya.

Seramai 582 graduan City University menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena majlis konvokesyen di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis terbabit, City University menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA), sarjana, sarjana muda dan diploma kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

Sepuluh graduan berlainan program turut dipilih menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik 2016 pada konvokesyen kali ini.

Penganugerahan skrol graduasi disempurnakan Pro-Canselor City University, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Sham Mohd Sani.

Majlis konvokesyen itu mencatat sejarah tersendiri apabila Dr Mohd Sham mengumumkan City University yang dahulunya dikenali sebagai City University College of Science and Technology (CUCST) mendapat pengiktirafan status universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata, City University satu-satunya universiti swasta tempatan bekerjasama dengan VATEL, sebuah institusi pengurusan hospitaliti dan perhotelan antarabangsa di Perancis.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola City University, Datuk Mohamed Zaini Amran, Ahli Lembaga Pengelola, Tan Sri Omar Ibrahim dan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah, Pengarah Eksekutif, Datin Rohaidah Shaari dan Naib Canselor, Profesor Dr Noridah Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 1:16 PM