ANGGOTA bomba mengambil maklumat daripada beberapa pendaki yang diselamatkan selepas tersesat di Bukit 2 Ringgit.
ANGGOTA bomba mengambil maklumat daripada beberapa pendaki yang diselamatkan selepas tersesat di Bukit 2 Ringgit.
HM Digital

Bukit Beruntung: “Melihat cuaca makin gelap, kami membuat keputusan turun dengan lebih cepat melalui laluan belakang. Namun, kami sesat dan tidak menemui jalan keluar,” kata Nin, 34, seorang daripada lapan pendaki yang sesat ketika mahu menuruni puncak Bukit 2 Ringgit di sini, kelmarin.

Ini adalah kes pertama berlaku di bukit itu yang semakin menjadi tumpuan penggemar aktiviti mendaki untuk menikmati pemandangan Bandar Sentosa dan Bukit Beruntung.

Menceritakan detik itu, Nin berkata, mereka termasuk seorang wanita berusia lingkungan 50-an mula mendaki melalui laluan pendakian utama, jam 5.30 petang.

“Namun, kami memutuskan untuk turun melalui jalan belakang kerana laluannya lebih mendatar dan sering kali digunakan golongan yang berusia dan tidak sangka boleh tersesat,” katanya yang terkandas dua jam di kawasan berkenaan sebelum diselamatkan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.24 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 2:36 AM