PENGARAH Pustaka Aman Press, Aman Hassan (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM10.000.00 kepada Setiausaha MAIK, Rusydee Abdullah (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Pustaka Aman Press Sdn Bhd di bangunan lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Lundang, Kota Bharu. FOTO Fariz Zainuldin
PENGARAH Pustaka Aman Press, Aman Hassan (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM10.000.00 kepada Setiausaha MAIK, Rusydee Abdullah (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Pustaka Aman Press Sdn Bhd di bangunan lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Lundang, Kota Bharu. FOTO Fariz Zainuldin
Hazira Ahmad Zaidi


KUTIPAN zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sehingga semalam, meningkat 0.94 peratus menjadi RM116,112,653.59, berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Peningkatan itu membolehkan lapan golongan asnaf dibantu terutama fakir dan miskin.

Setiausaha MAIK Rusydee Abdullah berkata, sehingga semalam, pihaknya sudah membelanjakan 99.47 peratus atau RM115,496.344.34 untuk membantu asnaf.

Katanya, daripada itu RM78,435,527.39 diperuntukkan asnaf fakir dan miskin.

"Untuk tempoh sama tahun lalu, kita peroleh zakat RM115,027,640, tapi kali ini jumlahnya meningkat 0.94 peratus.

"Peningkatan membuktikan kesedaran masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab berzakat semakin meningkat, tidak kira zakat ternakan, pertanian, simpanan, pendapatan, dan perniagaan.

"Ia juga membolehkan ramai asnaf dibantu dengan setakat semalam, 99.47 peratus (RM115,496.344.34) sudah pun dibelanjakan," katanya hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili MAIK menerima zakat perniagaan bernilai RM10,000 daripada Pustaka Aman Press Sdn Bhd (Pustaka Aman), di Bilik Mesyurarat MAIK, Kota Bharu.

Mewakili Pustaka Aman, Pengarahnya Aman Hassan. Hadir sama, Pengarah Urusan Pustaka Aman Abdul Aziz Hassan.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, syarikat percetakan dan penerbitannya beroperasi sejak 1960 dan optimis untuk terus berada dalam industri serta membantu masyarakat.

"Selagi ada sambutan daripada pembaca mengenai buku-buku berunsur keagamaan, kami akan meneruskan penerbitan dan menyambung legasi yang dibina oleh arwah ayah, Hassan Yaacob

"Setiap tahun, selain zakat perniagaan, kami juga mengeluarkan zakat kepada golongan yang lebih memerlukan,"katanya.

#kw zakat perniagaan

#loc 6.1167854999999998, 102.27768380000001

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 2:06 PM