RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Kampung Serudung Tawau. FOTO ihsan bomba
RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Kampung Serudung Tawau. FOTO ihsan bomba
Nasrawati Syarifuddin


ANGGOTA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau sekali lagi dikerah memadam kebakaran di Kampung Serudung Baru, Jalan Bukit Queen, Tawau, selepas dua buah rumah di kampung berkenaan terbakar, tengah hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, dua buah rumah musnah sepenuhnya namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua BBP Tawau,Sharudi Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.38 tengah hari dan seramai 11 anggota bersama tiga jentera dikerah ke lokasi.

"Dua buah rumah terbakar sepenuhnya sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun,anggota bomba berusaha memadam kebakaran agar tidak merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sharudi berkata,tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, " katanya.

Pada jam 12.40 tengah malam tadi, empat jentera bersama 31 anggota dikerah ke lokasi kebakaran di Kampung Titingan.

Operasi memadam kebakaran itu tamat jam 4.03 pagi dan kebakaran membabitkan 60 rumah musnah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 6:44 PM