RUMAH musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau. FOTO Abdul Rahemang Taiming
RUMAH musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau. FOTO Abdul Rahemang Taiming
RUMAH musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau. FOTO ihsan bomba
RUMAH musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau. FOTO ihsan bomba
Junaidi Ladjana


Tawau: Kira-kira 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.04 petang sebelum tiga jentera dengan kekuatan seramai 13 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan kekurang-kurangnya 20 rumah dan operasi memadam sedang dijalankan dengan menggunakan air daripada jentera dan laut.

"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi terkawal jam 2.15 petang tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 3:24 PM