OTHMAN (kiri) bersama Hussamuddin menunjukkan poster Merdeka #QuranHour dan World #WuranHour selepas sidang media. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
OTHMAN (kiri) bersama Hussamuddin menunjukkan poster Merdeka #QuranHour dan World #WuranHour selepas sidang media. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Nursyahirah Marzuki


JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta ahli kariah masjid dan surau seluruh negara untuk turut sama menyertai program World #QuranHour (WQH) dan Merdeka #QuranHour (MQH, 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya berharap lebih ramai dapat mengimarahkan dua program interaksi al-Quran berkenaan sempena wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan.

"Program MQA adalah kali pertama diadakan sempena Hari Kebangsaan dan saya berharap lebih ramai jemaah terutama di sekitar Lembah Klang untuk sama-sama menyertai program ini.

"Malah, kita juga akan meminta kerjasama daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memaklumkan kepada ahli kariah masjid berdekatan," katanya pada sidang media di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) Datuk Hussamuddin Yaacub Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan WUI Marhaini Yusoff.

Othman berkata, program itu adalah satu usaha untuk mendidik umat Islam membaca, memahami serta mengamalkan bacaan al-Quran sekali gus dijadikan sebagai amalan.

"Kali ini kita memilih untuk membaca surah Yasin kerana ia jatuh pada malam Jumaat dan amalan itu sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk membacanya.

"Kita mahu amalan membaca, memahami dan menghayati al-Quran ini menjadi satu usaha dalam menyatupadukan umat Islam di negara ini," katanya.

#kw World #QuranHour (WQH), Merdeka #QuranHour (MQH), Othman

#loc 2.926361, 101.696445

Gambar Ahmad Irham Mohd Noor

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 11:26 AM