Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang (kiri) dan Ahmad Tarmizi memegang placard WQH dan MQH. FOTO Muhammad Saufi Hassan
Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang (kiri) dan Ahmad Tarmizi memegang placard WQH dan MQH. FOTO Muhammad Saufi Hassan
Muhammad Saufi Hassan


PERLU kreativiti dalam penganjuran program keagamaan supaya dapat menarik minat orang ramai dan tidak hanya bergantung kepada satu kaedah saja.

Itu saranan Penasihat Program Gema Wahyu Merdeka #QuranHour (MQH) Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak berhubung penganjuran program itu disifatkan sebagai bidaah€™.

“Bagi tujuan ini, kita perlu lihat matlamat besar program iaitu apa yang hendak kita capai menerusi gerak kerja program mahupun kempen ini.

“Dalam MQH dan World #QuranHour (WQH), kita meletakkan matlamat supaya tahap interaksi masyarakat dengan al-Quran dapat dipertingkatkan di samping menyelitkan penghayatan di dalam kitab suci itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

WQH dan MQH akan bermula pada 31 Ogos di masjid terpilih seluruh negara sempena Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah yang kebetulan serentak Hari Kebangsaan.

Sepanjang program itu, bacaan ayat suci al-Quran akan diperdengarkan secara serentak selama satu jam.

Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) menjadi antara rakan media rasmi program berkenaan.

Antara tokoh dan selebriti yang menyertai program ini adalah Ameng Spring, Johan A'saari dan beberapa ikon tempatan lain.

Ahmad Tarmizi berkata, kreativiti dalam memberi nafas baru untuk program agama ini sangat diperlukan supaya mesej dakwah ini sampai kepada sasarannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 4:23 PM