AZIZUL menunjukkan logo program World #QuranHour.
AZIZUL menunjukkan logo program World #QuranHour.
HM Digital

Kuala Lumpur: Penganjuran program World #QuranHour (WQH) dan Merdeka #QuranHour (MQH) dapat memelihara masyarakat di negara ini daripada kelalaian, sekali gus menghindari kemurkaan Allah.

Setiausaha Kerja II Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Azizul Wahyu berkata, al-Quran mampu menjadi penyembuh kepada semua ‘penyakit’ sosial yang semakin membimbangkan.

“Kami di PERTAMA bersyukur dan gembira dengan adanya penganjuran program seumpama ini, sekali gus menaikkan lambang atau syiar al-Quran.

“Mengembalikan umat Islam di negara ini kepada al-Quran cara terbaik untuk menyelesaikan pelbagai masalah terutama perpecahan dalam kalangan kita,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

WQH dan MQH bermula pada 31 Ogos di masjid terpilih seluruh negara sempena Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah yang kebetulan serentak Hari Kebangsaan.

Sepanjang program itu, bacaan ayat suci al-Quran akan diperdengarkan secara serentak selama satu jam. Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) menjadi antara rakan media rasmi program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 7:12 AM